Monday 23 January 2012

19 Filem Bakal Bawa Tuah Buat David Teo

Wah! CEO Metrowealth (MIG), Mr David Teo Chew Huat mau bikin sejarah lagi. Beliau mengakui bahawa tahun ini yang juga merupakan tahun naga merupakan tahun yang menyaksikan syarikat produksinya menayangkan paling banyak filem iaitu sebanyak 19 judul. Antara filem yang bakal menjengah panggung adalah Sumpahan Kum Kum (26 Jan 12), Hantu Dalam Botol, Adnan Sempit 2, 7 Petala Cinta, 3 Temu Janji dan banyak lagi.

"Saya lahir pada tahun naga dan saya yakin ia bakal membawa tuah kepada diri dan juga perniagaan saya. Dengan ini saya tidak teragak-agak untuk menayangkan 19 judul filem. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina lagi, nombor 19 punya 'ong' atau tuah yang bermaksud kekal. Jadi saya harap ianya akan memberi tuah kepada semua 19 filem saya nanti."

Sumber informasi dari www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ROSHANA ONLINE SHOP 2012 © Hak Cipta Terpelihara
Best View With Mozilla Firefox and Google Chrome