Wednesday 25 January 2012

PUTERI KESAYANGAN HAMBA...

Akhirnya dapat jugak aku seorang puteri (entri macam baru ja beranak hari ni walhal nak masuk 9 bulan dah pun.. he he..) setelah berhempas pulas sebelum ini dengan dua orang putera yang semakin lasak. :-) penat mak ni ha menjaganya. Namun tak lupa juga sekalung terima kasih buat mama kesayangan aku yang sudi menjaga anak sulungku dan buat bibik (dah balik indon dah pun) yang menjaga si ashraf yang tembun itu! nanti ada masa aku buh gambar si permata hati puteri kesayangan aku DAHLIA NUR AINA di sini ya. nak kena sambung kerja balik ni.. (nanti bos i marah you!..) ;-) ok papai semua! jumpa lagi nanti ya!

Monday 23 January 2012

19 Filem Bakal Bawa Tuah Buat David Teo

Wah! CEO Metrowealth (MIG), Mr David Teo Chew Huat mau bikin sejarah lagi. Beliau mengakui bahawa tahun ini yang juga merupakan tahun naga merupakan tahun yang menyaksikan syarikat produksinya menayangkan paling banyak filem iaitu sebanyak 19 judul. Antara filem yang bakal menjengah panggung adalah Sumpahan Kum Kum (26 Jan 12), Hantu Dalam Botol, Adnan Sempit 2, 7 Petala Cinta, 3 Temu Janji dan banyak lagi.

"Saya lahir pada tahun naga dan saya yakin ia bakal membawa tuah kepada diri dan juga perniagaan saya. Dengan ini saya tidak teragak-agak untuk menayangkan 19 judul filem. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina lagi, nombor 19 punya 'ong' atau tuah yang bermaksud kekal. Jadi saya harap ianya akan memberi tuah kepada semua 19 filem saya nanti."

Sumber informasi dari www.murai.com.my

Kata Mula

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur dapat menerbitkan entry pertama. Kebelakangan ini masa agak mencemburui tapi orang yang berjaya sentiasa mengejar masa kan.. Bak kata bijak pandai, hidup kena berani mencuba sesuatu yang baru. Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba..

Lawati Roshana Online Shop untuk melihat laman niaga saya di FB atau klik Roshana untuk laman  FB peribadi saya. Sekian untuk kali ini, bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ROSHANA ONLINE SHOP 2012 © Hak Cipta Terpelihara
Best View With Mozilla Firefox and Google Chrome